Aku Penat, Tapi Aku Tahu Allah Sayang Aku
Bismillahirrahmanirrahim Kadang-kadang aku rasa penat. Penat dengan dunia, penat dengan kehidupan, penat dengan segala yang datang silih berganti sejak kecil hingga dewasa. Terlalu banyak dugaan, terlalu banyak ujian yang aku rasa macam tak berhenti. Aku tahu, semua yang berlaku ni bukan sia-sia. Setiap apa yang aku lalui pasti ada sebab. Semuanya berlaku atas kehendak Allah. Tapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang aku tewas. Aku rasa lelah sangat. Sampai pernah terlintas dalam hati, “Baik aku tak payah ada dalam dunia ni.” Apa yang aku usahakan, seolah-olah tak membuahkan hasil. Aku nak jadi ketua keluarga yang baik, nak bina rumahtangga yang bahagia… tapi aku rasa aku tak mampu. Aku rasa semua yang aku buat akhirnya tak membawa ke mana. Tapi bila aku tenang dan fikir dengan hati yang terbuka, aku sedar satu perkara—selama ni aku hidup untuk manusia. Aku bukan buat kerana Allah. Dan mungkin… mungkin sebab itu Allah bagi aku rasa semua ini. Supaya aku kembali kepada-Nya. Supaya ...